12 August 2017

JOM KENALI JENIS-JENIS KULIT MUKA

Assalamualaikum,

Jom kita kenali dulu jenis-jenis kulit muka masing-masing. Untuk pengetahun korang, setiap orang kulit dia tak sama ye. Pengetahun tentang kulit sendiri adalah penting ye bagi menjamin pemilihan yang tepat untuk produk penjagaan kulit korang. Tak boleh la main hentam je pakai semua.

So jom kita tengok dulu jenis-jenis kulit muka.






Secara asasnya terdapat 4jenis kulit muka yang perlu korang tahu :

1. Kulit Kering (Dry)
2. Kulit Berminyak (Oily)
3. Kulit Normal (Normal)
4. Kulit Kombinasi (Combination)


Kulit muka seseorang juga boleh berubah atas beberapa sebab yang boleh mempengaruhi kadar penghasilan minyak oleh kulit seperti perubahan hormon, pengambilan ubat-ubatan, kadar stess, penggunaan produk penjagaan kulit dan lain-lain. 


Nak tahu jenis kulit muka korang ?


Kulit Kering (Dry)



  •  Kulit kelihatan kusam
  • Biasanya tiada jerawat
  • Kulit tidak berminyak
  •  Garisan expresidi disekitar kawasan mata dan mulut
  • Berasa kasar dan bersisik apabila disentuh
  • Tiada pori kelihatan






KULIT BERMINYAK (OILY)



  • Ciri-ciri kulit berminyak adalah ketara pori-pori nya besar 
  • Kulit nampak berminyak dan berkilau
  • Sebum berlebihan menyebabkan pori tersumbat dan berjerawat







KULIT KOMBINASI (COMBINATION)


  • Berminyak di kawasan Zon T
  • Kawasan lain di muka adalah kering atau normal
  • Liang pori jelas kelihatan
  • Ada blackhead/ whitehead
  • Kulit kadang kelihatan berkilat







KULIT NORMAL 


  • Kulit sihat tiada cela 
  • Kulit kelihatan licin, halus serta mempunyai nada kulit yang sihat
  • Tekstur kulitnya halu dan pori tidak ketara
  • Minyak dan kelembapan seimbang




Sekarang dah kenalpasti kulit korang yang mana? hihi

Memilih produk penjagaan kulit yang betul dan fokus pada regimen penjagaan kulit yang betul akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Sebagai Beauty Consultant Mary Kay, Sarah perlu mengetahui jenis kulit korang dan sejarah produk yang korang guna. Pemilihan formula yang betul akan memberi hasil yang sangat memberangkankan untuk kulit korang.

Jom cantik sama-sama nak?